Latar belakang dan rakaman Memories_(lagu)

Versi 1982 lagu "Memories" menampilkan vokal oleh Whitney Houston dan saksofon oleh Archie Shepp.[3]

"Memories" pada asalnya ditulis oleh Hugh Hopper untuk kumpulan rock progresif England, The Wilde Flowers pada tahun 1960an.[4] Semasa empat tahun kewujudannya sebelum pembubaran pada 1968, The Wilde Flowers tidak pernah keluarkan sebarang lagu; termasuk "Memories".[4] Versi asal lagu "Memories" menampilkan vokal oleh Robert Wyatt yang dirakamkan pada 1966[5] dan telah dikeluarkan sebagai Sebelah-B untuk lagu saduran 1974 "I'm a Believer" oleh The Monkees.[6] Setahun selepas pembubaran The Wilde Flowers, kumpulan rock Canterbury England, Soft Machine merakamkan semula "Memories" pada 1969.[4] Pada 1982, Whitney Houston yang berusia 19 tahun merakamkan lagu "Memories" untuk One Down, album oleh band Amerika, Material.[3] Versi 1982 lagu "Memories" juga menampilkan petikan saksofon solo oleh Archie Shepp.[3] "Memories" juga menandakan sebagai vokal utama Houston yang pertama sebelum keluaran album sulungnya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1985.[3]

Dalam temuramah bersama Adam Kidron, Ketua Pegawai Eksekutif Yonder Music pada Januari 2016, beliau mendedahlan yang salah satu projek terkininya untuk Yonder Music ialah sebuah duet khas, yang mana penyanyi Malaysia yang terpilih akan berpeluang untuk berduet bersama Houston.[7] Biarpun beliau tidak mendedahkan nama penyanyi itu, beliau tidak menolak kemungkinan yang lagu pada asalnya dirakamkan oleh Houston ketika hanya berusia 19 tahun.[7] Beliau juga mendedahkan pada Mac 2016, sebuah konsert khas percuma akan diadakan untuk pengguna Yonder Music.[7] Pada bulan yang sama, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa beliau akan mengadakan konsert khas dua hari dianjurkan oleh Yonder Music di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 5 dan 6 Mac 2016.[8] Beliau juga memberitahu semasa konsert itu, beliau akan menyanyikan sebuah lagu khas oleh Houston.[9] Pada 2 Mac 2016, ia telah diberitakan bahawa konsert dua hari itu telah ditangguhkan ke April dan akan diadakan di Stadium Negara selama hanya satu hari.[10] Pada 2 April 2016 semasa Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert, beliau mempersembahkan "Memories" buat pertama kalinya,[1] di mana ia dipersembahkan sebagai "duet digital" yang mana Siti menyanyi sebagai duet dengan pra-rakaman semula vokal Houston.[11]

Ia telah diberitakan yang Siti yang ditanya oleh Kidron siapakah penyanyi kegemarannya, beliau memberitahu kepadanya yang beliau merupakan peminat P. Ramlee, Celine Dion dan Whitney Houston.[11] Beliau kemudiannya teringat yang lagu "Memories" dendangan mendiang Houston tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana albumnya.[11] Menurut Siti, Selepas mendapat tahu saya mengidolakan Whitney Houston, pihak Yonder memberi cadangan untuk menggabungkan vokal saya dan Whitney secara rakaman digital. Ia merupakan suatu penghormatan yang besar buat saya kerana dapat menyanyi bersama Whitney walaupun dia telah meninggal dunia.[1]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Memories_(lagu) http://www.budiey.com/ulasan-konsert-dato-siti-nur... http://www.nj.com/news/index.ssf/2012/02/students_... http://www.nytimes.com/2012/02/17/nyregion/in-east... http://www.star2.com/entertainment/music/2016/03/1... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://www.wsj.com/articles/SB860093336365480000 http://www.astrogempak.com.my/artikel/2905/siti-nu... http://www.bharian.com.my/node/130021 http://www.bharian.com.my/node/139947 http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=04...